Ardan Malik
About

Aku Ardan. Bukan Nama Sebenar.

Nama pena. Lebih 10 tahun cuba side hustle dan buat duit online, pernah naik dan pernah jatuh. Sekarang aku mula semula melalui freelance dan tools AI, dan tulis semua yang aku belajar.

Kisah

Kenapa Ardan Wujud.

Aku mula serius cari jalan buat duit online sebab satu sebab: aku dah penat jadi orang susah. Penat hidup dalam keadaan yang menekan. Dihina, dimalukan, ditinggalkan, dipandang rendah. Nak jalankan tanggungjawab sebagai lelaki, suami dan bapa pun susah.

Jadi aku nekad untuk jadi lebih baik, dan aku pilih bisnes online sebagai jalan aku.

Yang keluar ialah “guru” dengan screenshot bank, kereta sewa dan course RM2,000. Aku beli satu. Resit tu masih ada, dan isi dia aku boleh jumpa free kalau rajin cari.

So aku cuba sendiri, setiap malam lepas pukul 9, dan catat semua, termasuk angka yang tak cantik. Tanpa muka, sebab aku nak korang nilai idea, bukan image.

Sekarang aku tulis pasal make money online, personal growth, buku yang aku apply, dan entrepreneurship.

Prinsip

Apa Yang Aku Pegang.

Empat rule yang setiap tulisan, tool dan email kena lepas sebelum publish. Tekan butang untuk tengok macam mana setiap content disemak.

4 Checklist Kena Lulus Sebelum Aku Publish Content
  1. 01

    Real, No B.S.

    Kalau aku claim sesuatu jadi, aku tunjuk angka dia.

    ✓ Ada jadual angka: masa, kos, hasil
  2. 02

    Kecil Tapi Consistent

    Satu langkah yang boleh buat malam ni.

    ✓ Checklist 5 minit di hujung artikel
  3. 03

    Disclose Semua

    Affiliate, produk sendiri, sponsorship: dilabel.

    ✓ Takde link affiliate · dinyatakan
  4. 04

    No Get-Rich-Quick

    Kalau bunyi terlalu senang, kita check dulu.

    ✓ Takde janji pendapatan
StatusBelum disemak
Nota perjalanan

Setakat Ni.

Ringkasan jujur. Ardan akan update bila ada milestone baru.

  1. Dulu

    Beli Course Pertama

    RM2,000 untuk “system auto income”. Pengajaran paling mahal, dan sebab blog ni wujud.

  2. Tahun lepas

    Projek Pertama Gagal

    Tiga bulan build tanpa tanya sesiapa. Zero sale. Tapi aku belajar cara validate idea.

  3. Bulan lepas

    First Sale: RM19

    Satu Google Sheet untuk freelancer. Kecil, tapi bukti yang cara ni boleh jalan.

  4. Sekarang

    Nota Ahad #01

    Mula tulis setiap minggu, di depan orang. Korang boleh ikut dari hari pertama.

Supaya jelas

Apa Yang Aku Tak Buat.

Signal trading atau crypto tipsAku bukan licensed advisor, dan aku takkan bagi tips beli jual.
MLM atau “team building”Kalau income datang dari recruit orang, itu bukan bisnes yang aku tulis.
Screenshot bank yang dieditAngka aku mungkin kecil, tapi semua sebenar dan ada konteks.
Coaching 1-on-1 berbayarBuat masa ni, semua yang aku tahu ada dalam Jurnal dan Nota Ahad.

Ada soalan? Hubungi aku

Nota Ahad

Jumpa Hari Ahad, 9 Malam.

Nota bina semula, projek online dan benda yang aku belajar. Ambil yang berguna untuk korang.

nota-ahad.txt

Percuma · Edisi pertama: 6 Disember 2026 · Dasar Privasi