Ardan Malik
Personal Growth

Mula Semula Dengan Apa Yang Masih Ada.

Tengok dulu apa yang ada dalam tangan, then baru decide nak buat apa.

Oleh Ardan Malik7 min baca

Dalam artikel ni 06 bahagian
  1. 01Sebelum Cari Peluang, Tengok Apa Yang Kau Nak Settle Dulu
  2. 02Jangan Tulis “Aku Takde Skill” Sebelum Buat Inventory
  3. 03Skills Kau Kena Jumpa Problem Orang
  4. 04Belajar Benda Yang Boleh Gerakkan Kerja
  5. 05Pilih Kerja Pertama Yang Boleh Buka Ruang Untuk Langkah Kedua
  6. 06What’s Next — Buat Satu Inventory, Kemudian Pilih Satu Tindakan

Bila sebut mula semula, senang kita terus fikir apa yang kena cari.

Skill baru. Idea baru. Laptop baru. Mungkin kena beli satu lagi course supaya kali ni betul-betul ready.

Cuba pause kejap. Apa yang kau dah ada?

Macam nak masak masa barang dapur tak banyak. Kalau terus tengok recipe, semua benda rasa tak cukup. Tapi bila buka peti ais dan tengok apa yang masih ada, mungkin dah boleh buat satu meal yang elok.

Mula balik pun boleh fikir macam tu. Tengok dulu apa yang ada dalam tangan, then baru decide nak buat apa.

Aku dah lebih 10 tahun cuba side hustle dan buat duit online. Pernah berjaya dan pernah jatuh beberapa kali. Sekarang mula semula melalui freelance, belajar tools AI dan bantu bisnes orang lain.

Keadaan sekarang kena tengok semula. Tapi pengalaman dalam brand, bisnes, sales, marketing dan website masih boleh digunakan.

Persoalannya, macam mana nak tukarkan semua tu kepada langkah yang practical?

1. Sebelum Cari Peluang, Tengok Apa Yang Kau Nak Settle Dulu

Bayangkan kau buka maps tapi belum masukkan destination. Semua jalan boleh nampak macam pilihan.

Nak buat content boleh. Nak belajar coding boleh. Nak jual produk pun boleh.

Tapi kau sebenarnya nak sampai kat mana dulu?

Kalau duit diperlukan segera, soalan yang berguna ialah: apa kerja yang aku mampu buat dan orang sanggup bayar dalam masa terdekat?

Kalau income dah ada dan kau nak build sesuatu untuk jangka panjang, barulah ada ruang untuk cuba benda yang perlukan preparation lebih lama.

Sebab tu bila rasa lost, aku biasanya cari clarity dulu. Tenangkan diri dan tengok apa yang sebenarnya perlu diberi perhatian.

Cuba habiskan tiga ayat ni:

  • Sekarang aku paling perlukan __________.
  • Aku boleh gunakan __________ jam untuk buat kerja ni.
  • Buat masa ni, aku belum mampu keluarkan __________.

Ayat terakhir tu boleh merujuk kepada duit, masa atau komitmen. Kena honest dengan keadaan sendiri.

Contohnya, kalau kau cuma ada waktu malam, jangan susun offer yang perlukan kau standby sepanjang waktu pejabat. Nanti dari nak tambah income, kau tambah problem.

Bila batas dah jelas, senang sikit nak tapis peluang. Kau tahu apa yang sesuai untuk dibuat sekarang dan apa yang boleh tunggu.

2. Jangan Tulis “Aku Takde Skill” Sebelum Buat Inventory

Kadang-kadang bila fikir pasal skill, terus terbayang benda yang ada sijil, software mahal atau job title yang sedap bunyi.

Cuba kecilkan soalan tu.

Apa kerja yang kau pernah siapkan? Orang biasa minta tolong kau buat apa? Benda apa yang kau boleh terangkan tanpa perlu buka sepuluh tab dulu?

Mungkin kau pandai susun maklumat. Mungkin kau boleh tulis penerangan produk yang jelas. Mungkin kau biasa handle customer, buat poster atau kemas spreadsheet.

Belum tentu semua tu terus jadi service yang orang nak beli. Tapi sekurang-kurangnya kau dah ada bahan untuk dinilai.

Bagi aku, pengalaman dalam sales, marketing dan website boleh dipecahkan kepada kerja yang lebih specific. Faham apa bisnes jual. Susun penerangan. Fikir apa customer perlu tahu. Bina tempat untuk maklumat tu disampaikan.

Cuba buat inventory macam ni:

Apa yang kau adaContoh kerja yang boleh diuji
Pandai susun maklumatKemas senarai produk supaya mudah dirujuk
Boleh menulis dengan jelasTulis penerangan untuk satu service
Biasa guna spreadsheetSusun rekod order dalam format yang mudah dijaga
Ada asas websiteBina satu halaman yang terangkan bisnes dan cara hubungi

Ini contoh untuk bantu kau fikir, bukan jaminan semua orang perlukan service tu.

Lepas buat senarai, tanda mana yang kau boleh deliver sekarang, mana yang kena refresh, dan mana yang baru rasa macam boleh.

Yang ketiga tu test dulu. Rasa boleh dengan betul-betul boleh kadang jauh juga perjalanan dia.

3. Skills Kau Kena Jumpa Problem Orang

Ada toolbox penuh pun belum tentu ada kerja.

Kena tahu apa yang rosak, siapa nak baiki dan sama ada tools kau sesuai untuk kerja tu.

Macam tu juga dengan freelance. Lepas tahu kemampuan sendiri, kena cari keperluan yang sepadan.

Aku pernah dapat projek daripada client yang nak guest management system untuk wedding. Dia ada idea dan keperluan yang jelas.

Nak urus invitation dan response guest. Bila guest sampai, scan QR untuk check-in dan tahu meja masing-masing. Team pula boleh tengok meja available dan buat perubahan live.

Dari situ, jelas apa yang perlu dibina.

Projek tu bernilai RM1,500, dengan sekitar RM750 dibayar awal. Aku guna ChatGPT, Claude dan Base44, sambil explore tutorial YouTube serta resources untuk keluarkan MVP yang functional dan polished.

Dalam projek tu, versi awal siap dalam 24 jam. Tempoh tu pengalaman projek tersebut; kerja lain kena tengok skop dan tahap complicated dia juga.

Yang boleh kau ambil daripada cerita ni ialah cara peluang tu bermula: ada client, ada problem yang jelas, kemudian dinilai macam mana nak deliver.

Kalau nak faham keperluan someone, cuba tanya:

  • Bahagian mana dalam kerja sekarang yang paling leceh?
  • Sekarang buat macam mana?
  • Bila benda ni selesai nanti, apa yang dia nak jadi lebih mudah?

Dengar dulu jawapan dia. Jangan tengah dia explain, kepala kau dah sibuk nak pitch semua skills yang ada.

Mungkin dia cuma perlukan satu benda yang simple. Kalau kau tambah macam-macam, kau sendiri yang besarkan kerja sebelum mula.

4. Belajar Benda Yang Boleh Gerakkan Kerja

Untuk projek wedding tadi, aku tak pernah buat sistem yang sama sebelum tu. Tapi aku tahu aku boleh figure out macam mana.

Ada keperluan yang nak dipenuhi, so pembelajaran tu ada arah. Aku cari tutorial dan resources yang boleh bantu siapkan kerja tersebut.

Bayangkan beza antara masuk hardware shop sebab nak tengok semua barang dengan masuk sebab nak cari alat untuk ketatkan satu skru.

Bila tahu apa yang nak dibuat, lebih senang pilih apa yang diperlukan.

Kalau kau nak refresh skill atau belajar benda baru, cuba mula dengan satu hasil kecil.

Contohnya, kau nak tawarkan kerja spreadsheet. Ambil data contoh dan cuba susun satu rekod order yang mudah digunakan. Tengok sendiri: boleh tambah order baru? Boleh cari maklumat? Formula masih betul bila data berubah?

Atau kalau nak buat website, cuba siapkan satu halaman contoh. Pastikan orang boleh faham apa yang ditawarkan dan nampak cara nak hubungi.

Sample macam ni boleh bantu kau periksa kemampuan sendiri. Kat mana lancar? Kat mana sangkut? Apa yang masih perlu belajar?

Kau tak perlu tunggu tahu semua benda. Tapi kena cukup faham untuk nilai apa yang boleh dijanjikan.

Kalau belum mampu deliver, kecilkan skop atau pilih kerja lain dulu. Its okay bro. Kita bukan nak compete siapa paling banyak benda boleh buat.

5. Pilih Kerja Pertama Yang Boleh Buka Ruang Untuk Langkah Kedua

Bila mula semula, cuba tengok fungsi kerja pertama tu dalam keadaan kau sekarang.

Kalau tengah survival mode, aku biasanya pilih peluang yang boleh terus execute. Kalau preparation je dah lebih 24 jam atau terlalu rumit, aku akan letak tepi dulu.

Itu had preparation yang aku guna dalam konteks tersebut. Tempoh siapkan kerja tetap ikut skop yang dipersetujui.

Sebelum ambil peluang, tengok empat benda:

  1. Ada orang yang betul-betul nak bayar?
  2. Ada skills atau resources untuk deliver?
  3. Berapa banyak preparation sebelum boleh mula?
  4. Bila payment boleh masuk?

Bila dah pilih kerja, jelaskan hasil yang akan diserahkan. Contohnya, “satu halaman penerangan service” lebih mudah dibincangkan daripada “tolong buat marketing”.

Bincang juga apa bahan yang client kena beri, bila kerja boleh siap dan apa yang termasuk dalam skop. Lagi awal benda ni jelas, lagi mudah kedua-dua pihak faham apa yang sedang dibuat.

Untuk payment, aku prefer ada duit masuk sebelum mula kerja. Dalam projek wedding tadi, sekitar separuh nilai projek dibayar awal.

Lepas siap, tengok apa yang boleh dibawa ke langkah seterusnya. Ada hasil kerja untuk ditunjukkan dengan izin client? Ada proses yang boleh dikemaskan? Ada keperluan sama daripada orang lain?

Sistem wedding tu akhirnya digunakan dalam event sebenar dan menjadi produk yang orang bayar untuk guna.

Itu perkembangan daripada projek tersebut. Untuk kerja kau, tengok dulu apa yang betul-betul berlaku sebelum decide nak build lebih jauh.

What’s Next — Buat Satu Inventory, Kemudian Pilih Satu Tindakan

Cuba buka notes dan isi lima benda ni:

  • Keperluan sekarang: Apa yang paling perlu aku settle?
  • Kemampuan: Apa kerja yang aku boleh siapkan?
  • Resources: Apa tools, masa dan bahan yang available?
  • Demand: Siapa yang mungkin perlukan hasil kerja tu?
  • Tindakan: Apa satu benda yang aku boleh buat lepas ni?

Kalau belum pasti kemampuan sendiri, buat sample.

Kalau dah tahu boleh deliver tapi tak faham demand, bercakap dengan orang yang mungkin perlukan bantuan tu.

Kalau dah ada orang berminat, jelaskan skop dan payment sebelum mula.

Ambil langkah yang sesuai dengan tempat kau berada sekarang.

Aku sendiri sedang guna skills yang ada untuk buat freelance, belajar tools AI dan bantu bisnes orang lain. Ada bahagian boleh terus buat. Ada bahagian kena figure out lagi.

Buka balik “toolbox” kau. Tengok satu-satu apa yang masih boleh digunakan.

Mungkin langkah pertama kau dah ada kat situ, cuma belum dipadankan dengan kerja yang sesuai.

— Ardan Malik

Topik#Mindset#FreelanceSemua Personal Growth →

PenafianTulisan ni untuk pendidikan dan perkongsian pengalaman, bukan nasihat kewangan. Result setiap orang berbeza. Baca penafian penuh.
Nota Ahad

Jumpa Hari Ahad, 9 Malam.

Nota bina semula, projek online dan benda yang aku belajar. Ambil yang berguna untuk korang.

nota-ahad.txt

Percuma · Edisi pertama: 6 Disember 2026 · Dasar Privasi